Ni pengalaman aku masa ari Sabtu, nak kongsi bersama2 dengan orang2 yang mengenali aku, Pukul 8 aku dengan kawan2 aku turun dari miri nak pergi ke Niah, untuk mengunjungi Gua Niah, Perjalanan memakan masa selama satu jam untuk sampai ke destinasi, destinasi yang di maksudkan bukan nya ke Gua Niah, tetapi hanya ke pusat kaunter, Nasib baiklah Bayaran Pun hanya RM 10 sahaja,
Bila dah nak masuk tu, di beri sedikit maklumat tentang perjalanan ke gua Niah,pertama sekali kena naik perahu untuk pergi ke seberang, bayaran RM 1 sahaja,sampai ke seberang, ingatkan dekat untuk samapi ke pintu gua niah tu, rupanya kena berjalan selama 45 minit.itu baru untuk sampai ke pintu, masa berjalan tu banyak tol pemandangan menarik, susah nak bagi tahu, "nak tahu datang sendiri"letih memang letih, tetapi puas hati, bila dah sampai ke pintu gua tu, tgk lah kuasa tuhan, besar tol gua tu, perjalan dalam gua lak ambil masa satu jam, nasib lah aku bawa lampu picit, kalau tak bawa, malaikat 44 tak nak masuk, gelap sangat,,
Memang seram masuk dalam gua, lainlah bunyi kelawar, lain pulak bunyi burung layang-layang, nasib baiklah ada rombongan budak sekolah yang datang melawati ke gua niah tu, ada jugak suasana yang bising sikit, masuk dalam gua sejuk betul, mungkin kerana laluan angin kot, batu-batu dan dinding gua sejuk sangat, pemandangan memang tak usah d cerita, gantik giler beb....aku dengan kawan2 masuk ke pintu gua Niah dalam kira-kira pukul 10.30 pagi, keluar dari gua niah tu dalam pukul 3 petang, masa balik tu sempat jugak bawa kawan2 singsah ke rumah panjang yang berhampiran., nak pergi ke rumah panjang pun kena berjalan kira-kira 15 minit. .nasib baiklah hari tak hujan, kalau hujan, susah nak balik oooooooo......sebab berjalan balik tu,,,jauhhhhhhhhhhhh.
Apapun sekali lagi aku nak ucap terima kasih banyak2 kat kawan, sebab tanpa mereka aku tak akan pergi ke gua niah,hehehehheheh..............
May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
macam kelab pencinta alam lak lawat gua niah kan!!hehe...
Bestnya leh pergi ke Gua Niah..bila laa AD bleh pegi jugak..hehe..
Post a Comment