April 4, 2008

1 Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan


2 Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..

Janganlah terlampau banyak ketawa.....kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya

Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya..

KEJARLAH ALLAH DAN JANGAN KEJAR SYURGANYA



Kejarlah Tuhan dan jangan kejar SyurgaNya..

Tuan Syurga lebih utama daripada SyurgaNya..

Carilah Tuhan dan jangan cari FadilatNya..

Dapat Tuhan, Dapatlah segala-halanya.....

Cari Tuhan kerana kita hendak

memperhambakan diri kepadaNYa...

Cari Syurga atau Fadilatnya ertinya

hendak membesarkan nikmat Tuhan...

Mengapa hendak membesarkan diri kepada Makhluk?...

Memperhambakan diri kepada Khaliq bukanlah yang lebih utama?...

Jika mengejar Fadilat, rasa bertuhan tidak ada...

Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada...

Sedangkan fungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaan...

Kalau rasa kehambaan tidak ada, mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan...

Kerana itulah orang yang beribadah...

Kerana Syurga atau Fadilat...

Perangainya tidak berubah...

Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya...

Mengapa beribadah kerana Syurga atau Fadilat ?

Syurga atau Fadilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan olehNya...

Carilah Tuhan,

Dapat Tuhan, Syurga dan Fadilatnya pun dapat sama...

Kerana itulah Syurga atau Fadilat tak perlu difikirkan...

Mencari Syurga atau Fadilat...

Syurga atau Fadilat belum dapat...

Tuhan sudah tentu tak dapat...

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan...

Kerana Dia pencipta kita...

Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai...

Betulkan semula fungsi ibadah kita...

Agar matlamat ibadah itu tepat pada sasarannya.........................................



Powered By Blogger