April 4, 2008

1 Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan


2 Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..

Janganlah terlampau banyak ketawa.....kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya

Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya..

1 comment:

Ad Rifza said...

Jaga lah lidah..jaga lah hati... kerana semuanya akan dipersoalkan apabila kita menemui mati...

Powered By Blogger