July 14, 2008

Tidakkkkkkkkkk..........aku benci kau......

Ni kisah benar aku, harap dapat aku berkongsi dengan pembaca2 d blog aku ni, pertama sekali aku nak minta maaf pasal lama dah tak update blog aku ni, bukan nya tak mahu, tp saja je nak tenangkan pikiran......
Kisah ni bermulanya pada 27.06.08 Di mana aku mengambil awek aku di airport, walhal aku kerja ari tu, tp aku pergi jugak ke airport dlm kul 7 mcm tu, awek aku tu dah cuti selama seminggu, apa lagi, aku pun cuti jugak selama seminggu, mcm2 program aku dah rancang, jadi aku nak bawa dia ke bintulu.adik angkat aku kawin, kat situ mcm2 aku layan kerenah dia, tp apa yang nak aku bg tau dia memang baik hati, seminggu d situ byk kenangan manis aku dengan dia, balik dia d tempat asal dia, dia bagi mesej yang dia nak minta PUTUS........alasan nya dia nak jadi sahabat je, walhal aku tahu alasan dia kerna dia dan kawan aku ada hubungan, ..... tp
aku terima kenyataan ni sebab tak guna nak memanjang lagi kisah ni, apa pun aku memang BENCI sikap dia....tp sekarang ni aku boleh terima hakikat yang dia kawan aku......

(1 unread) Yahoo! Mail, hariuddin04

(1 unread) Yahoo! Mail, hariuddin04

May 26, 2008

Sabtu (24.05.2008)

Ni pengalaman aku masa ari Sabtu, nak kongsi bersama2 dengan orang2 yang mengenali aku, Pukul 8 aku dengan kawan2 aku turun dari miri nak pergi ke Niah, untuk mengunjungi Gua Niah, Perjalanan memakan masa selama satu jam untuk sampai ke destinasi, destinasi yang di maksudkan bukan nya ke Gua Niah, tetapi hanya ke pusat kaunter, Nasib baiklah Bayaran Pun hanya RM 10 sahaja,
Bila dah nak masuk tu, di beri sedikit maklumat tentang perjalanan ke gua Niah,pertama sekali kena naik perahu untuk pergi ke seberang, bayaran RM 1 sahaja,sampai ke seberang, ingatkan dekat untuk samapi ke pintu gua niah tu, rupanya kena berjalan selama 45 minit.itu baru untuk sampai ke pintu, masa berjalan tu banyak tol pemandangan menarik, susah nak bagi tahu, "nak tahu datang sendiri"letih memang letih, tetapi puas hati, bila dah sampai ke pintu gua tu, tgk lah kuasa tuhan, besar tol gua tu, perjalan dalam gua lak ambil masa satu jam, nasib lah aku bawa lampu picit, kalau tak bawa, malaikat 44 tak nak masuk, gelap sangat,,
Memang seram masuk dalam gua, lainlah bunyi kelawar, lain pulak bunyi burung layang-layang, nasib baiklah ada rombongan budak sekolah yang datang melawati ke gua niah tu, ada jugak suasana yang bising sikit, masuk dalam gua sejuk betul, mungkin kerana laluan angin kot, batu-batu dan dinding gua sejuk sangat, pemandangan memang tak usah d cerita, gantik giler beb....aku dengan kawan2 masuk ke pintu gua Niah dalam kira-kira pukul 10.30 pagi, keluar dari gua niah tu dalam pukul 3 petang, masa balik tu sempat jugak bawa kawan2 singsah ke rumah panjang yang berhampiran., nak pergi ke rumah panjang pun kena berjalan kira-kira 15 minit. .nasib baiklah hari tak hujan, kalau hujan, susah nak balik oooooooo......sebab berjalan balik tu,,,jauhhhhhhhhhhhh.
Apapun sekali lagi aku nak ucap terima kasih banyak2 kat kawan, sebab tanpa mereka aku tak akan pergi ke gua niah,hehehehheheh..............

May 25, 2008

Jumaat ( 23.05.08)

Perjalanan yang jauh bersama kawan aku untuk melawati Taman Buaya yang terletak di Kuala Baram Miri, "taklah jauh sangat pun, hehhehe", pergi bersama tiga orang kawan-kawan dari semenanjung, yang ingin mengunjungi tempat menarik di Miri Sarawak.
Nasib baiklah bayaran masuk untuk warga Malaysia hanya RM 10 Sahaja, kalau mahal, mahu hendaknya aku kena cucuk kat bank dulu, hehehehee.
Masuk je dalam taman tu, budak2 tu terpegun melihat banyak buaya yang besar-besar, malahan rasanya satu kandang tu, beratus ekor buaya. Belum lagi tengok kandang lain, rasanya beribu ekor buaya kat situ, lain pulak binatang lain, beruang, landak, kera, burung kasuari, pelanduk, kancil, ular, ikan, dan banyak lagilah, sampai tak tertulis kat dalam Blog ini, hahahaha.
Apa yang pasti, walaupun aku ni warga sarawak, tp baru pertama sekali jugak masuk ke taman buaya tu, apa pun terima kasih aku ucap kat kawan-kawan aku, kalau tak de mereka, entah sampai bila pun aku tak masuk ke taman tu, hhehehehe

May 11, 2008

Selamat Hari IBu


Selamat Hari Ibu kepada Puan Dayang Kok Hidir bin Awang Adeng.
Kiki Mendoakan Semoga Mak Panjang umur Dan Sihat Selalu, Semoga Mak Bahagia Selalu,
"SALAM SAYANG DAH KASIH"
dari anak mu di perantauan,
aWAnG kU hARIuDDIN

Seusai Talkin Bermadah Shahdu



"KU MERINTIH, AKU MENANGIS, KU MERATAP, AKU MENGHARAP"




KU MERINTIH- Seringkali laungan yang aku ungkapkan untuk diri ku sendiri, walhal kadangkala rintihan yang aku rintihkan ini menjadi suatu beban untuk diri ku sendiri. 'KEMANA PERGINYA JIWA, KEMANA PERGINYA PERASAAN' aduhhhhhhhhh...segala yang terungkai semua nya tak kesampaian untuk aku mengecapi apa yang aku inginkan. Segala perlakuan dah pengorbanan yang aku lakukan selama ini hanyalah sia-sia bak "mencurah air ke daun keladi". Aku pasrah dan aku berserah pada MU ya Tuhan yang Maha Esa. Hanya Engkau yang Maha Esa yang tahu, pandangilah langit malam dan siang, berdentumnya langit, mencurahlah air.




AKU MENANGIS- Lali sudah perasaan ini untuk menangis,'Tanpa air mata, Hati menangis' jiwa dan mata yang aku tahankan selama ni, akhirnya keluarlah air mata yang penuh seribu pengertian, penjenakaan yang selama ini aku lakukan untuk diri aku sendiri hanyalah suatu sandiwara yang tiada titik noktahnya. Mmmmmmmmmm..... mungkin benar insan berkata, tangislah sepuasnya, agar berakhirnya segala cengkaman yang menusuk jiwa mu.




KU MERATAP- Ratapan yang selama ini aku perlukan hanya lah sebuah satu gerbang yang memisahkan aku dengan dunia sebenar.Sedangkan alam yang terbentang luas ni lah menjadi petunjuk aku untuk mencari kebenaran dan peluang. Apa yang aku harapkan hanya lah PENANTIAN yang tiada kesudahan nya.




AKU MENGHARAP- Apa yang aku harapkan selama ini adalah terjadinya suatu keajaiban. Bukan nya aku meminta suatu keajaiban yang sebesar dunia, tetapi cukuplah keajaiban yang dapat aku membuka hati ku ini agar celik, dan dapat menggabungkan kehidupan aku ke alam yang lebih besar makna nya bagi aku.

April 4, 2008

1 Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan


2 Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..

Janganlah terlampau banyak ketawa.....kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya

Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya..

KEJARLAH ALLAH DAN JANGAN KEJAR SYURGANYA



Kejarlah Tuhan dan jangan kejar SyurgaNya..

Tuan Syurga lebih utama daripada SyurgaNya..

Carilah Tuhan dan jangan cari FadilatNya..

Dapat Tuhan, Dapatlah segala-halanya.....

Cari Tuhan kerana kita hendak

memperhambakan diri kepadaNYa...

Cari Syurga atau Fadilatnya ertinya

hendak membesarkan nikmat Tuhan...

Mengapa hendak membesarkan diri kepada Makhluk?...

Memperhambakan diri kepada Khaliq bukanlah yang lebih utama?...

Jika mengejar Fadilat, rasa bertuhan tidak ada...

Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada...

Sedangkan fungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaan...

Kalau rasa kehambaan tidak ada, mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan...

Kerana itulah orang yang beribadah...

Kerana Syurga atau Fadilat...

Perangainya tidak berubah...

Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya...

Mengapa beribadah kerana Syurga atau Fadilat ?

Syurga atau Fadilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan olehNya...

Carilah Tuhan,

Dapat Tuhan, Syurga dan Fadilatnya pun dapat sama...

Kerana itulah Syurga atau Fadilat tak perlu difikirkan...

Mencari Syurga atau Fadilat...

Syurga atau Fadilat belum dapat...

Tuhan sudah tentu tak dapat...

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan...

Kerana Dia pencipta kita...

Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai...

Betulkan semula fungsi ibadah kita...

Agar matlamat ibadah itu tepat pada sasarannya.........................................